Relaxing Massage

Kadang-kadang badan kita tak benar-benar penat, tetapi jiwa terasa berat. Fikiran serabut, emosi tak stabil dan badan rasa tegang walaupun kita berehat. Inilah tanda-tanda tubuh memerlukan sentuhan relaksasi yang menyeluruh.


Relaxing massage direka khas untuk memberikan ketenangan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Urutan ini menggunakan teknik lembut, perlahan dan konsisten bagi mengurangkan ketegangan otot serta menstabilkan sistem saraf. Ia sesuai untuk semua golongan, terutamanya wanita yang banyak berdepan tekanan harian, kurang tidur, atau mudah rasa cemas.


Apa itu relaxing massage?

Relaxing massage ialah urutan yang memberi fokus pada sentuhan lembut dengan tekanan ringan hingga sederhana. Terapis akan mengurut bahagian tertentu seperti belakang, bahu, tengkuk, lengan, kaki dan tapak kaki untuk membantu melonggarkan otot-otot yang tegang akibat stres atau duduk terlalu lama.


Rawatan ini tidak terlalu kuat seperti urutan deep tissue, tetapi cukup efektif untuk:

  • melancarkan peredaran darah
  • melegakan tekanan mental
  • menenangkan sistem saraf autonomi
  • mengurangkan pengumpulan asid laktik dalam otot


Ia sangat sesuai untuk pelanggan yang ingin rehat sepenuhnya tanpa rasa sakit atau tekanan kuat semasa diurut.


Kelebihan relaxing massage:


1. Mengurangkan stress dan kebimbangan

Teknik urutan yang perlahan dan berirama membantu menurunkan hormon stres (kortisol) dan meningkatkan hormon endorfin yang menenangkan. Hasilnya, minda lebih fokus dan emosi lebih stabil.


2. Membantu tidur lebih lena

Relaxing massage merangsang sistem saraf parasimpatetik yang membantu tubuh bersedia untuk tidur. Ramai pelanggan tertidur sepanjang sesi kerana rasa nyaman dan tenang yang mendalam.


3. Menyegarkan Semula Tenaga Dalaman

Selepas urutan, badan terasa lebih ringan dan bertenaga. Aliran darah yang lancar membawa lebih banyak oksigen ke seluruh tubuh, menjadikan tubuh kembali segar.


4. Mengurangkan Sakit Kepala & Ketegangan Leher

Bahagian bahu, tengkuk dan belakang atas sering tegang akibat penggunaan telefon dan komputer. Relaxing massage membantu melegakan kawasan ini sekaligus mengurangkan sakit kepala atau migrain ringan.


5. Meningkatkan Mood & Keseimbangan Emosi

Urutan lembut merangsang penghasilan serotonin dan dopamin iaitu hormon gembira yang membantu menstabilkan emosi dan memberi rasa damai dalam diri.


Rawatan ini sangat disyorkan untuk:

  • wanita bekerja yang banyak stres
  • ibu rumah tangga yang letih mengurus rutin harian
  • pelajar atau individu yang selalu cemas
  • mereka yang susah tidur


Rasai rawatan lembut untuk menenangkan jiwa dan tubuh di Najah Spa.


Tempahan mudah: https://book.najahspa.com